Pihak berkuasa Brazil dedah rakaman empangan pecah di Brumadinho
Agensi
Februari 1, 2019 07:56 MYT
Februari 1, 2019 07:56 MYT
Pihak berkuasa Brazil mengeluarkan video rakaman kejadian semasa empangan di Brumadinho pecah pada 25 Januari lalu.
Semasa kejadian empangan itu memuntahkan berjuta-juta tan lumpur dan mengalir di sekitar kawasan perlombongan serta ladang di sepanjang pekan berhampiran Brumadinho.
Empangan yang pecah itu sudah berusia 42 tahun dan setinggi 282 kaki selain dalam proses untuk dibaiki.
Ketika kejadian berlaku juga pemilik empangan tersebut menyatakan ia telah lulus ujian keselamatan struktur.
Setakat hari ini 110 mayat mangsa ditemui manakala 238 lagi disenarai sebagai orang hilang.
Portal Al Jazeera melaporkan, pasukan penyelamat tidak menemukan seorang pun mangsa yang hidup sejak operasi mencari serta menyelamat (SAR) bermula pada sabtu lalu.
Bagaimanapun, operasi sar tetap akan diteruskan sehingga diumumkan kelak.