Piala Dunia Wanita FIFA julung kali tampilkan pengadil dari Palestin

Bernama
Disember 27, 2022 12:27 MYT
Heba Saadia akan membuat penampilan pada kejonanan Piala Dunia Wanita di Australia dan New Zealand dari 20 Julai hingga 20 Ogos 2023.- FB Palestinian Return Centre
ISTANBUL: Buat kali pertama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memilih pengadil dari Palestin untuk perlawanan Piala Dunia Wanita akan datang.
Heba Saadia akan membuat penampilan pada kejonanan Piala Dunia Wanita di Australia dan New Zealand dari 20 Julai hingga 20 Ogos 2023, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Palestin (WAFA).
Piala Dunia Wanita edisi kesembilan itu buat julung kali juga dianjurkan secara bersama, diadakan di Australia dan New Zealand melibatkan 32 negara.
-- BERNAMA
#FIFA #Piala Dunia Wanita #Palestin #pengadil
;