Selepas hampir lima bulan mendiamkan diri, bekas pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), David Petraeus memohon maaf secara terbuka berhubung skandal seksnya dengan penulis biografinya.

Permohonan maaf itu disampaikan beliau ketika berucap dalam satu majlis tahunan di University of Southern California.

Petraeus meletak jawatan November tahun lalu selepas mengaku mempunyai hubungan sulit bersama Paula Broadwell.

Pendedahan skandal itu memaksa beliau meletak jawatan menerusi sepucuk surat kepada seluruh kakitangan badan risikan itu.

Beliau mengakui telah menunjukkan kepimimpinan yang tidak bermoral.

Peletakan jawatan jeneral bersara empat bintang itu dilihat satu keputusan mengejutkan bagi komuniti perisikan dan politik di Amerika Syarikat (AS).

Petraeus, 60 tahun pernah mengetuai kempen tentera AS di Iraq dan Afghanistan.