Petisyen pembebasan Anwar dinaikkan semula ke laman sesawang White House

Astro Awani
Mac 11, 2015 00:19 MYT
Petisyen menuntut pembebasan Anwar daripada penjara, yang tersiar di platform 'We the People' dalam laman sesawang White House, dinaikkan semula.
Satu petisyen menuntut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara di platform 'We the People' dalam laman sesawang White House dinaikkan semula oleh pentadbirnya awal pagi tadi.
Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu tuit menerusi akaun peribadinya di Twitter.
Sehingga berita ini ditulis, sebanyak 106,584 tandatangan telah berjaya dikumpulkan. Sasaran awal adalah untuk mengumpulkan sebanyak 100,000 tandatangan sebelum 12 Mac.

Back online with 2k to go! Sign!! #BebasAnwar https://t.co/ySOG0Tu8f1

— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) March 10, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Bernama melaporkan petisyen tersebut telah dikeluarkan pentadbirnya kerana dikatakan melanggar peraturan yang ditetapkan.
"Petisyen yang anda cuba akses ini telah dikeluarkan daripada laman ini mengikut Dasar Moderasi kami kerana ia melanggar Terma Penyertaan kami," kata satu mesej dalam laman sesawang itu.
Ia bagaimanapun tidak memberi sebab khusus petisyen itu dikeluarkan.
Ketua Pembangkang itu kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat.
#Anwar Ibrahim #liwat #Mahkamah Persekutuan #PKR #Putrajaya #Saiful #Wan Azizah #We the People #White House