Petani jalan kaki ke New Delhi, protes rundingan harga tanaman gagal

Agensi
Februari 16, 2024 09:00 MYT
Traktor dan troli milik petani, yang sedang mengadakan protes menuntut harga tanaman lebih baik, diparkir di sebatang lebuh raya di Shambhu, yang terletak di sempadan antara Punjab dan Haryana, India, 15 Feb 2024. - REUTERS
PETANI di India akan meneruskan perjalanan mereka ke New Delhi selepas rundingan ketiga dengan kerajaan di Chandigarh tidak mendatangkan hasil pada Khamis.
Mereka berjalan kaki sambil membawa trak dan troli yang dipenuhi dengan makanan, tilam dan bekalan lain, sejak memulakan perjalanan pada Selasa.
Terdahulu, rundingan dengan kerajaan gagal mencapai kata sepakat mengenai harga minimum bagi pelbagai jenis tanaman.
Rundingan yang diadakan pada Khamis dihadiri pemimpin kesatuan petani yang memprotes dan wakil-wakil kerajaan.
Mereka termasuk Menteri Perdagangan Piyush Goyal dan Menteri Muda Pertanian dan Kesejahteraan Petani Arjun Munda.
Arjun memberitahu wartawan, rundingan akan bersambung pada Ahad ini.
#Petani India #protes #Chandigarh #harga minimum tanaman
;