Petani India marah, undang-undang baharu agrikultur jejas pendapatan
Astro Awani
Mac 6, 2021 04:59 MYT
Mac 6, 2021 04:59 MYT
MEMASUKI hari ke-100, ketidakpuas hatian para petani di India terhadap undang-undang baharu agrikultur masih marak di negara itu.
Menurut laporan Agensi, ribuan petani berarak di pinggir bandar New Delhi dengan melaungkan slogan dan membakar patung sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Narendra Modi
Tiga undang-undang diluluskan parlimen India berkenaan sektor agrikultur disifatkan tidak jelas, yang mana kerajaan tidak memberi jaminan tetap buat harga tanaman yang dijual di negara itu.
Apa yang ditakuti, undang-undang baharu itu akan mewajibkan mereka menjual hasil tani hanya ke pasar yang mendapat persetujuan kerajaan India.
Hal ini juga akan menyebabkan mereka terpaksa bergantung dengan syarikat yang tidak mendapat kelulusan kerajaan bagi membeli hasil tani, tetapi dengan harga tidak tentu.
Narendra Modi bagaimanapun, mengatakan sistem undang-undang baharu itu sebagai reformasi industri pertanian. Akan tetapi, petani melihat ia hanya mendorong ke kancah kemiskinan.
Perbincangan yang panjang bersama petani sebelum ini juga menemui jalan buntu.
#petani
#sektor agrikultur
#India
#protes
#tunjuk perasaan
#undang-undang agrikultur
#undang-undang baharu
#Agrikultur
#jejas pendapatan
#bakar patung
#harga tanaman
#pasar
#reformasi industri pertanian
#miskin