Peserta pertama Ratu England pakai hijab
Sinar Harian
September 5, 2018 09:49 MYT
September 5, 2018 09:49 MYT
Seorang peserta pertandingan ratu cantik di England bakal menjadi yang pertama memakai hijab dalam sejarah Ratu England, ketika pusingan akhir pertandingan itu, Selasa depan.
Sara Iftekhar, seorang pelajar jurusan undang-undang adalah antara 50 peserta yang merebut takhta Ratu England dan berharap untuk menjadi Muslim pertama memenangi pertandingan itu.
Sara, 20 tahun, yang memenangi pertandingan Ratu Huddersfield untuk mewakili bandar di utara England itu, merupakan seorang jurusolek artis dan sering berkongsi gambar diri sendiri memakai pakaian tradisi Pakistan di media sosial.
Difahamkan, dia sudah memulakan perniagaan pakaian sejak berusia 15 tahun.
"Saya mungkin wanita pertama memakai hijab. Namun, saya hanya wanita biasa dan mempunyai peluang sama rata dalam pertandingan ini," katanya dipetik laman berita BBC.
Pertandingan akhir Ratu Dunia 2018 bakal dianjurkan di Sanya, China pada November dan Disember depan. - Agensi
#England
#hijab
#Islam
#Muslim
#pakaian tradisi
#Pakistan
#pelajar
#perniagaan pakaian
#pertandingan
#peserta
#ratu cantik
#Ratu Dunia 2018
#Ratu England
#Ratu Huddersfield