Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Astro Awani
Mei 22, 2024 09:50 MYT
Mei 22, 2024 09:50 MYT
SINGAPURA: Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulence) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
Penumpang berusia 28 tahun itu berkata situasi bermula ketika pesawat mula berada dalam kedudukan senget seterusnya berlaku penurunan drastik dalam tempoh kurang 10 saat.
"Bertentangan dengan apa yang ditulis dalam laporan mengenainya iaitu kejadian tiga minit, saya fikir semuanya berlaku dalam jangka masa kurang dari 10 saat. Ia benar-benar, sangat cepat.
"Itulah sebabnya, saya fikir tiada siapa yang benar-benar boleh bertindak balas terhadapnya. Seperti apa yang saya ingat, saya berada di kerusi dan sedang berehat pada ketika itu, tetapi saya memakai tali pinggang dan boleh mula merasakan bahawa kapal terbang itu bergoncang.
"Dan ketika itu, seperti, saya hanya tahu bahawa keadaan akan okay tetapi ia terus menjadi lebih teruk," katanya.
Dalam pada itu, pesawat Singapore Airlines membawa kesemua penumpang meneruskan penerbangan dari Lapangan terbang Suvarnabhumi dan selamat tiba di Singapura sebelum jam 5 pagi.
Sementara itu, Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan Singapura (TSIB) sedang menyiasat insiden tersebut dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS turut menghantar wakil untuk mendapatkan sokongan.