Pesawat terhempas korban 77 orang: Suruhanjaya khas siasat serta merta

Astro Awani
Februari 12, 2014 19:12 MYT
Kementerian pertahanan Algeria mengumumkan penubuhan suruhanjaya khas untuk menyiasat insiden nahas pesawat tentera terhempas yang mengorbankan 77 orang di daerah Oum Al-Bouaghi.
Dalam kenyataannya, kementerian itu turut memaklumkan siasatan akan bermula serta-merta melibatkan lawatan ke lokasi nahas oleh ketua turus tentera dan timbalan menteri pertahanan Ahmed Gaid Salah.
Dalam pada itu, presiden Abdelaziz Bouteflika mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari bagi menghormati mangsa bermula pada Rabu.
Abdelaziz turut menyifatkan mangsa nahas sebagai gugur di medan pertempuran.
Mangsa nahas yang menyaksikan hanya seorang penumpang terselamat itu terdiri daripada anggota tentera dan ahli keluarga mereka.
#77 maut #Algeria #kapal terbang tentera terhempas #nahas pesawat #Oum Al-Bouaghi
;