Pesawat terhempas di lautan Hindi, 12 penumpang, dua juruterbang belum ditemukan

Agensi
Februari 28, 2022 22:07 MYT
Seramai 14 penumpang termasuk dua juruterbang dikhuatiri maut selepas pesawat ringan jenis Cessna terhempas di Lautan Hindi pada Ahad. - Gambar hiasan
DAR ES SALAAM : Seramai 14 penumpang termasuk dua juruterbang dikhuatiri maut selepas pesawat ringan jenis Cessna terhempas di Lautan Hindi pada Ahad.
Menurut laporan Agensi, pesawat dilaporkan terbang merentasi Moroni ke bandar Fomboni di Pulau Mohili.
Berikutan itu, pasukan mencari dan menyelamat di Pulau Comoros yang berdekatan Madagascar digerakkan bagi membantu pencarian mangsa.
“Operasi mencari bangkai pesawat di kawasan pantai Djoiezi sudah bermula di tempat pesawat tersebut disyaki terhempas.
“Seramai 12 orang penumpang warganegara Comoros, dan dua juruterbang yang merupakan rakyat Tanzania dilaporkan masih hilang,” kata Kementerian Pengangkutan Comoros.
Laporan turt menyebut, syarikat penerbangan Airline AB Aviation yang menyelia pesawat berkenaan memaklumkan, pesawat itu hilang dari radar kira-kira 2.5 kilometer dari destinasinya.
Sebuah bot laju turut digerakkan ke lokasi kejadian bagi membawa serpihan pesawat dan barangan milik penumpang.
#pesawat terhempas #Pulau Comoros #mangsa hilang #Lautan Hindi #Madagascar
;