Pesawat terhempas di kawasan perumahan, 2 maut

Astro Awani
Mac 18, 2013 15:28 MYT
Sekurang-kurangnya 2 maut selepas pesawat peribadi yang dinaiki terhempas di sebuah kawasan perumahan berhampiran Indiana, Amerika Syarikat.
Menurut jurucakap pihak berkuasa tempatan, tiga buah rumah didapati rosak teruk dihempap pesawat berkenaan.
Nahas berlaku ketika pesawat Beechcraft Premier One membawa empat penumpang dipercayai hilang kawalan di udara sebelum terhempas.
Dua disahkan terkorban serta merta manakala dua lagi dilaporkan mengalami kecederaan.
Turut menerima nasib sama, salah seorang mangsa yang berada di rumah berkenaan.
Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berpunca daripada masalah teknikal.
Punca sebenar bagaimanapun masih disiasat.
#Amerika Syarikat #Indiana #kemalangan #pesawat