Pesawat terhempas di Colombia, 14 terbunuh
Astro Awani
Mac 9, 2019 07:50 MYT
Mac 9, 2019 07:50 MYT
Seramai 14 orang disahkan terbunuh dalam satu kejadian kapal terbang terhempas di tengah Colombia pada Sabtu.
Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Colombia, pesawat DC-3 itu mengisytiharkan kecemasan pada lewat pagi Sabtu ketika dalam perjalanan ke bandar Villavicencio.
Ia kemudiannya mengesahkan bahawa semua 12 penumpang telah terbunuh dalam kemalangan itu.
Pesawat itu dilaporkan dikendalikan oleh perkhidmatan udara Laser Aereo dan telah berlepas dari San Jose del Guaviare.
Presiden Ivan Duque menghulurkan ucapan takziah kepada keluarga penumpang yang terkorban sambil mengatakan, pihak berkuasa sedang berusaha mengenal pasti mayat mangsa.
#Colombia
#Ivan Duque
#kecemasan
#kemalangan
#mangsa
#mayat
#penerbangan
#pesawat
#pesawat DC-3
#terhempas