Pesawat tergelincir di Istanbul: Tiga maut, lebih 100 cedera

Agensi
Februari 6, 2020 08:25 MYT
Anggota penyelamat membawa keluar penumpang yang cedera dari bangkai kapal terbang selepas ia tergelincir di landasan di Lapangan Terbang Sabiha Gokcen, Istanbul, 5 Feb, 2020. (Foto AP)
Tiga maut manakala lebih 100 yang lain tercedera dalam insiden pesawat tergelincir di Lapangan Terbang Sabiha Gokcen Istanbul, Turki ketika sedang membuat pendaratan pada Rabu.
Difahamkan, pesawat yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang murah Pegasus Airlines itu, membawa 183 penumpang serta anak kapal semasa kemalangan itu berlaku.
Menteri Pengangkutan Turki, Cahit Turhan berkata, kemalangan itu menyebabkan kapal terbang tersebut pecah kepada tiga bahagian.
Kata beliau, keadaan itu berlaku berikutan pendaratan secara ‘kasar’ yang dilakukan oleh pesawat berkenaan sehingga memaksa para penumpangnya menyelamatkan diri menerusi badan pesawat yang pecah.
Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya dalam satu kenyataan berkata, pesawat itu gagal menyempurnakan pendaratan dan tergelincir kira-kira 50 meter dari atas landasan.
Tambahnya lagi, pasukan bertindak kecemasan sedang berusaha mengeluarkan para penumpang dari bangkai pesawat.

Sabiha Gökçen Havaliman'ndan saat 19.40 itibariyle 52 yaralmz ambulanslarla çevredeki hastanelere sevk ettik. 112 Acil, 110 tfaiye ve AFAD ekiplerimizce balatlan tahliye çalmalarmz devam ediyor. Gelimeleri paylamaya devam edeceğiz.

— Ali Yerlikaya (@yerlikayaali34) February 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kami amat sedih... (Tetapi) kami sangat bersyukur kerana tiada kemalangan yang lebih besar berlaku,” kata Yerlikaya, sambil menambah bahawa pesawat itu berkemungkinan meletup dan terbakar.
Dalam pada itu, jurucakap Pegasus Airlines mengesahkan kejadian terbabit namun pihaknya enggan mengulas lanjut.
Media tempatan turut melaporkan lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup dan kesemua penerbangan dipindahkan ke lapangan terbang utama Istanbul.
#cedera #Istanbul #kemalangan #Lapangan Terbang Sabiha Gokcen #maut #pecah tiga #Pegasus Airlines #pendaratan #penerbangan #pesawat #tergelincir #Turki
;