Pesawat terbakar semasa mendarat di Peru, kesemua penumpang selamat

Bernama
Mac 29, 2017 04:00 MYT
Kebakaran dipercayai berlaku ketika pesawat Boeing 737 penerbangan dari Lima melakukan pendaratan kira-kira pukul 5 petang. REUTERS
Sebuah pesawat Peru Airlines terbakar ketika mendarat di lapangan terbang Jauja di wilayah Junin pada Selasa, bagaimanapun kesemua penumpang dilaporkan selamat, lapor media tempatan menurut agensi berita China Xinhua.
Kira-kira 140 penumpang berjaya diselamatkan oleh 20 pegawai bomba, menurut akhbar harian El Comercio.
Kebakaran dipercayai berlaku ketika pesawat Boeing 737 penerbangan dari Lima melakukan pendaratan kira-kira pukul 5 petang.
Setakat ini belum ada sebarang laporan mengenai punca sebenar kejadian. -- BERNAMA
#Lima #Peru #Peru Airlines #pesawat #terbakar