Pesawat terbakar sejurus mendarat, 3 penumpang cedera
Astro Awani
Jun 22, 2022 11:40 MYT
Jun 22, 2022 11:40 MYT
MIAMI: Sebuah pesawat yang membawa 126 penumpang terbakar sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, Amerika Syarikat (AS).
Menurut Jabatan Penerbangan Miami-Dade, Greg Chin, kejadian dipercayai berpunca daripada kegagalan peralatan pendaratan kapal terbang tersebut.
Tiga penumpang pesawat Red Air yang tiba dari Santo Domingo, Republik Dominika itu juga dilapor mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke terminal lapangan terbang menggunakan bas.
Tiga jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Miami-Dade dikerah dalam usaha pemadaman api.
#kegagalan peralatan pendaratan
#terminal lapangan terbang
#pesawat terbakar
#Lapangan Terbang Antarabangsa Miami