Pesawat terbakar di Moscow, lebih 40 maut termasuk kanak-kanak
Agensi
Mei 6, 2019 09:35 MYT
Mei 6, 2019 09:35 MYT
Sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh apabila sebuah pesawat terbakar di lapangan terbang Sheremetyevo di Moscow, Rusia.
Antara yang maut termasuk dua kanak-kanak manakala enam individu lain dilaporkan cedera.
Menurut jawatankuasa penyiasatan Rusia, pesawat Sukhoi Superjet 100 yang membawa 73 penumpang dan lima anak kapal itu terpaksa membuat pendaratan cemas apabila pesawat tersebut didapati terbakar dan diselubungi asap tebal.
Pesawat itu dilaporkan dalam perjalanan ke bandar Murmansk.
Video yang mula tersebar di media sosial menunjukkan penumpang berlari lintang-pukang selepas membuat pendaratan cemas.
Lapangan terbang tersebut dalam satu kenyataan berkata, pesawat itu terpaksa berpatah balik akibat gangguan teknikal yang masih belum jelas puncanya.