Pesawat tentera udara Myanmar terhempas, sekurang-kurangnya 12 terbunuh

Astro Awani
Jun 10, 2021 13:00 MYT
Sekurang-kurangnya 12 terbunuh dalam nahas pesawat tentera udara Myanmar pada Khamis pagi. -Gambar hiasan
MANDALAY: Sekurang-kurangnya 12 orang termasuk dua sami terbunuh dalam nahas pesawat tentera udara Myanmar yang dilapor berlaku sebentar tadi.
Nahas dipercayai akibat cuaca buruk itu berlaku di perkampungan Anisakan di Pyin Oo Lwin.
Media tempatan melaporkan empat anggota tentera di dalam pesawat itu mengalami kecederaan.
Sumber Facebook theirrawaddy
Antara yang cedera difahamkan seorang pegawai kanan tentera dan seorang wanita yang dilaporkan kritikal.
Pasukan penyelamat kini berada di lokasi untuk tugas mencari dan menyelamat.
Punca kejadian masih disiasat.
#pesawat terhempas #tentera udara Myanmar #pegawai kanan tentera #nahas pesawat
;