Pesawat tentera udara Korea Selatan terhempas dua juruterbang selamat

Bernama
Disember 26, 2022 07:47 MYT
Pesawat itu terhempas di daerah Hoengseong, kira-kira 140 kilometer ke timur Seoul, pada 11.43 pagi sejurus berlepas dari pangkalan udara di bandar Wonju. - Gambar fail
HOENGSEONG (Korea Selatan): Dua juruterbang terselamat dalam insiden pesawat ringan KA-1 terhempas di daerah timur laut pada Isnin, menurut Tentera Udara Korea Selatan.
Pesawat itu terhempas di daerah Hoengseong, kira-kira 140 kilometer ke timur Seoul, pada 11.43 pagi sejurus berlepas dari pangkalan udara di bandar Wonju.
Tiada kerosakan membabitkan kediaman awam dilaporkan setakat ini, lapor Agensi Berita Yonhap.
Juruterbang telah dipindahkan ke hospital berdekatan, menurut pegawai tentera.
-- BERNAMA
#juruterbang selamat #insiden pesawat ringan KA-1 #kediaman awam #Agensi Berita Yonhap