Pesawat tentera AS terhempas di Teluk San Diego

Bernama
Februari 13, 2025 12:05 MYT
Imej dikeluarkan Premier Sportsfishing menunjukkan sebuah pesawat E/A-18G Growler sebelum ia terhempas di teluk San Diego, 12 Feb 2025. (Foto AP)
LOS ANGELES: Sebuah pesawat tentera terhempas di Teluk San Diego pada Rabu, lapor Xinhua memetik Jabatan Bomba dan Penyelamat San Diego.
Menurut Jabatan Polis Pelabuhan San Diego, dua juruterbang berjaya diselamatkan selepas jet pejuang itu terhempas ke dalam air di kawasan Shelter Island.
Jurucakap Tentera Laut Amerika Syarikat memaklumkan bahawa anak kapal berjaya melenting keluar dari pesawat sebelum diselamatkan pihak berkuasa dan dibawa ke hospital.
-- BERNAMA
#pesawat #pesawat terhempas #Teluk San Diego #tentera #Tentera Laut Amerika Syarikat
;