Pesawat tentera AS terhempas
Astro Awani
Mei 29, 2024 10:40 MYT
Mei 29, 2024 10:40 MYT
ALBUQUERQUE: Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat terhempas berhampiran University dan Rio Bravo, New Mexico pada Selasa.
Syarikat aeroangkasa dan keselamatan global, Lockheed Martin mengesahkan pesawat F-35B terhempas di Albuquerque Sunport selepas mengisi minyak di Pangkalan Tentera Udara Kirtland.
Pesawat berkenaan dilaporkan dalam perjalanan ke Pangkalan Tentera Udara Edwards di California dari Fort Worth, Texas.
Pihak berkuasa mengesahkan juruterbang merupakan satu-satunya penumpang pesawat tersebut.
Juruterbang berkenaan berjaya dikeluarkan dan dibawa ke Hospital UNM untuk menerima rawatan.
Rakaman video menunjukkan sekumpulan anggota bomba sedang memadam kebakaran di bangkai pesawat yang dilaporkan hangus.
Punca nahas masih disiasat.