Pesawat tentera AS terakhir terbang keluar dari Afghanistan
Astro Awani
Ogos 30, 2021 07:35 MYT
Ogos 30, 2021 07:35 MYT
KABUL: Selepas 20 tahun misi yang bermula susulan tragedi 11 September 2001, tentera Amerika Syarikat akhirnya secara penuh berundur dari Afghanistan.
Misi ini dilapor akibatkan kos AS$2.3 trilion kepada Amerika Syarikat dan lebih 2,400 anggota tentera AS, 72 wartawan dan lebih 100,000 orang awam, pasukan keselamatan dan anggota tentera Afghanistan terkorban.
Menurut Komander Pusat Pemerintahan Tentera AS Jeneral Frank McKenzie pesawat C-17 terakhir berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai pada jam 3.29 petang, 30 Ogos.
"Di sini saya ingin mengumumkan perunduran secara penuh kami dari Afghanistan dan pengakhiran misi kami untuk membawa keluar rakyat Amerika Syarikat, warga pihak bersekutu serta warga Afghanistan yang berisiko," katanya.
Sehingga kini laporan menyatakan 116,000 orang telah di bawa keluar sejak Taliban merampas kuasa dua minggu lepas.
Proses evakuasi ini turut dicemari dengan insiden pengeboman bunuh diri militan Daish di lapangan Terbang Kabul yang mengorbankan 182 orang termasuk anggota tentera Amerika Syarikat.
Pengunduran ini berikan warga Afghanistan satu tamparan hebat dan ketidaktentuan tentang nasib mereka dengan pemerintahan Taliban.