Pesawat tentera Myanmar bawa lebih 100 penumpang dilapor hilang

Agensi
Jun 7, 2017 21:05 MYT
Pesawat Y-8-200F buatan China itu berlepas dati Myeik pada jam 1.06 petang waktu tempatan dalam jadual penerbangan mingguan. - Wikipedia
Sebuah pesawat tentera Myanmar dengan lebih 100 orang, termasuk anggota tentera dan ahli keluarga, dilaporkan hilang pada Rabu dalam penerbangan dari bandar pesisiran pantai Myeik ke Yangon.
Pesawat Y-8-200F buatan China itu berlepas dati Myeik pada jam 1.06 petang waktu tempatan dalam jadual penerbangan mingguan, lapor Reuters.
Pesawat itu terputus hubungan 29 minit setelah berlepas, dan berada di ketinggian 18,000 kaki di atas Laut Andaman, iaitu kira-kira 70 kilometer dari barat bandar Dawei.
Pihak berkuasa penerbangan awam pada awalnya berkata terdapat 105 orang dalam pesawat itu. Pihak tentera bagaimanapun menyatakan terdapat 106 anggota tentera dan keluarga dan 14 anak kapal. Pesawat itu boleh membawa sehingga 200 orang.
Pihak tentera telah melancarkan operasi pencarian sejurus laporan kehilangan itu diumumkan, antaranya dengan mengerahkan enam kapal dan tiga pesawat tentera dalam misi mencari dan menyelamat.
#hilang #Myanmar #operasi #penerbangan #pesawat #tentera
;