Pesawat tentera Mexico terhempas, 6 disahkan maut

Astro Awani
Februari 21, 2021 22:19 MYT
Bangkai pesawat milik Tentera Udara Mexico yang terhempas selepas berlepas dari Lapangan Terbang El Lencero pada Ahad. - REUTERS
MEXICO CITY: Enam anggota tentera Mexico disahkan maut selepas pesawat milik tentera udara terhempas di Veracruz pada Ahad, kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan.
Jelasnya kejadian berlaku sebaik sahaja pesawat model Learjet 45 berlepas daripada sebuah lapangan terbang di daerah Emiliano Zapata.
Kesemua mangsa masih belum dikenalpasti namun siasatan terperinci akan dilakukan.
Kenyataan itu tidak menyatakan jumlah penumpang di dalam pesawat tersebut ketika kejadian.
#maut #pesawat tentera #terhempas #Mexico #Learjet 45 #Veracruz