Pesawat Tara Air dengan 21 penumpang hilang di Nepal

Agensi
Februari 24, 2016 14:43 MYT
Perjalanan sepatutnya mengambil masa hanya 19 minit namun pesawat terputus hubungan lapan minit sejurus berlepas. - Gambar Fail AFP pada 2010
Sebuah pesawat kecil milik Tara Air dilaporkan hilang bersama 21 orang penumpang di kawasan pergunungan Nepal.
Pesawat jenis Twin Otter itu berlepas dari bandar Pokhara pagi ini dan dijadualkan tiba di bandar Jomsom, menurut jurucakap penerbangan Tara Air, Bhin Rai.
Perjalanan sepatutnya mengambil masa hanya 19 minit namun pesawat terputus hubungan lapan minit sejurus berlepas.
18 penumpang dan tiga anak kapal sedang berada di dalam pesawat, kata Rai. Warga China dan Kuwait antara penumpang yang tersenarai.
Rai berkata cuaca baik pagi ini dan pesawat itu baru sahaja dibeli dari Kanada September tahun lalu.
Sebuah helikopter tentera dan dua helikopter milik awam telah dikerahkan untuk mencari pesawat hilang.
Pokhara adalah destinasi pelancongan yang popular di Nepal manakala Jomsom pula adalah tapak laluan untuk pendali gunung.
#Jomsom #Nepal #Pokhara #Tara Air #terhempas #Twin Otter
;