Pesawat SpiceJet terpaksa berpatah balik ada asap dalam kabin

Bernama
Julai 2, 2022 21:35 MYT
Pegawai itu berkata asap dikesan ketika pesawat berada pada ketinggian 5,000 kaki. - Gambar hiasan/ Twitter @flyspicejet
NEW DELHI: Sebuah pesawat SpiceJet pada Sabtu terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang di New Delhi selepas anak kapal mengesan asap di dalam kabin, menurut pegawai.
Semua penumpang dilaporkan selamat. Pesawat itu dalam penerbangan menuju ke Jabalpur, di Madhya Pradesh.
Pegawai itu berkata asap dikesan ketika pesawat berada pada ketinggian 5,000 kaki, lapor Xinhua.
Ini adalah pendaratan kecemasan kedua melibatkan penerbangan SpiceJet dalam tempoh 15 hari.
Pada 19 Jun, sebuah pesawat yang membawa 185 penumpang menghadapi masalah gangguan oleh burung dan terpaksa melakukan pendaratan cemas di Bihar.
-- BERNAMA
#SpiceJet #asap dalam kabin #New Delhi #India
;