Pesawat Singapore Airlines mengalami kerosakan teknikal

Astro Awani
Oktober 11, 2015 15:45 MYT
Pesawat Airbus A330-300, yang telah menjalani rutin pemeriksaan sistem landing gear, berada pada pintu pelepasan ketika kejadian itu berlaku. - Gambar hiasan
Nose gear atau roda ketiga sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) mengalami kerosakan di Lapangan Terbang Changi, Singapura pagi tadi.
Menurut seorang jurucakap SIA, pesawat Airbus A330-300, yang telah menjalani rutin pemeriksaan sistem landing gear, berada pada pintu pelepasan ketika kejadian itu berlaku.
"Tidak ada penumpang atau anak kapal di pesawat pada masa itu, hanya seorang jurutera. Dia dilapor tidak mengalami sebarang kecederaan," kata jurucakap seperti dipetik dari laporan The Straits Times.
Difahamkan, SIA akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dalam siasatan mereka.

nose breakdown SQ flight at #changi #bbc #lemonde #guardian @BBCNews @lemondefr pic.twitter.com/rInrqQqfMs

— Arnaud Gailleurd (@noar85) October 11, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pesawat itu dijadualkan untuk beroperasi penerbangan SQ890, yang sepatutnya berlepas ke Hong Kong dari Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, pada jam 7.35 pagi.
Susulan kejadian itu, sebuah lagi pesawat telah digunakan untuk penerbangan tersebut.
Menurut rekod, kapal terbang yang mengalami kerosakan teknikal itu telah berkhidmat selama lebih enam tahun.
#Changi Airport #kerosakan #nose gear #pesawat #SIA #Singapore Airlines
;