Pesawat Singapore Airlines berpatah balik selepas alami masalah tekanan udara

Agensi
November 19, 2018 20:03 MYT
Pesawat itu kembali mendarat di Changi sekitar jam 2.30 pagi waktu Singapura. - Gambar hiasan
Pesawat Singapore Airlines (SIA) yang sepatutnya dalam penerbangan ke Paris terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi selepas mengalami masalah tekanan kabin sejurus berlepas, lapor portal berita Channel NewsAsia.
Penerbangan SQ336 berlepas dari Singapura pada jam 12.46 pagi pada Isnin (19 November) dan sepatutnya dijadualkan tiba di ibu negara Perancis pada jam 7.15 pagi waktu tempatan.
Berdasarkan laman web Flightradar24, pesawat itu sudahpun berada pada paras 24,000 kaki selepas 15 minit berlepas. Ketika di ruang udara Malaysia, ia diarahkan balik ke Singapura, dan pesawat itu kemudiannya terbang serendah paras 6,000 kaki.
Pesawat itu terpaksa berlegar-legar di udara selama kira-kira sejam untuk membuang minyak sebelum ia mendarat di Changi, ujar jurucakap SIA.
Topeng oksigen juga dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga.

@airfrance @SingaporeAir what is going on with SIN-CDG AF0257 cancelled for technical problems. then SQ336 has to do emergency landing following decompression incident! Both Boeing 777!!! will i make it at the third trial in 2h??? Not reassuring! Would prefer flying airbus! pic.twitter.com/0MRfdqbIB3

— Jean C (@jcgrenoble) November 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pesawat itu kembali mendarat di Changi sekitar jam 2.30 pagi waktu Singapura.
Selepas membuat pertukaran pesawat, penerbangan itu diteruskan sekitar jam 6 pagi dan dijangka mendarat di Paris pada jam 12.17 tengah hari waktu tempatan.
Tiada penumpang atau anak kapal yang dilaporkan cedera. Penerbangan itu membawa sejumlah 234 penumpang, termasuk bayi, dan 17 anak kapal.
Pada awal bulan ini, sebuah pesawat SIA yang terbang buat kali pertama dari Los Angeles ke Singapura juga terpaksa berpatah balik selepas kru pesawat mengesan masalah bacaan meter minyak enjin.
BACA: Penerbangan sulung Singapore Airlines dari Los Angeles ke Singapura terpaksa berpatah balik
#Paris #pesawat #SIA #Singapore Airlines
;