Pesawat ringan hilang di Selat Inggeris, usaha pencarian giat dilakukan
Agensi
April 3, 2022 12:35 MYT
April 3, 2022 12:35 MYT
PASUKAN penyelamat kini sedang giat mencari serpihan pesawat ringan dari United Kingdom (UK) yang dilaporkan hilang di Selat Inggeris, lapor BBC.
Pesawat itu yang dikenal pasti sebagai PA-28 dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari Wellesbourne, Warwickshire, ke Le Touquet, Perancis, sekitar tengah hari Sabtu.
Pengawal Pantai Perancis berkata, pesawat itu membawa dua orang dan pasukan penyelamat sifatkan kehilangan itu sebagai "sesuatu yang membimbangkan."
Pihak berkuasa kini meminta kapal yang melakukan perjalanan di selat tersebut untuk membantu melihat serpihan pesawat itu.
Dua pesawat Perancis dan sebuah bot terlibat dalam pencarian pada Sabtu dengan pesawat UK juga cuba mengesan di mana pesawat yang hilang itu.