Pesawat prototaip Boom Supersonic XB-1 lakukan penerbangan pertama
Amanz
Mac 25, 2024 13:25 MYT
Mac 25, 2024 13:25 MYT
BOOM Supersonic mengumumkan impian mengembalikan pesawat penumpang supersonik pada tahun 2016.
Selepas lapan tahun pengumuman dilakukan, akhir pesawat prototaip pertama mereka XB-1 melakukan penerbangan sulung pada minggu lalu.
Pesawat prototaip dengan tiga enjin ini akan menjadi asas kepada pesawat penumpang supersonik Overture yang mampu membawa sehingga 80 penumpang pada kelajuan Mach 1.7.
Kali pertama prototaip diperlihatkan ialah pada tahun 2020 tetapi pandemik menyebabkan pembangunannya tergendala sementara.
Sekiranya semua berjalan lancar, Overture akan melakukan penerbangan pertama pada tahun 2026 dan mula membawa penumpang menjelang 2029.
Setakat ini United Airlines, Japan Airlines dan AMerikan Airlines adalah antara syarikat penerbangan yang berminat untuk menggunakan Overture. -Amanz