Pesawat PM Kanada alami masalah teknikal di India, penerbangan ditangguh

Bernama
September 11, 2023 02:10 MYT
Trudeau bertemu dengan Perdana Menteri India Narendra Modi di luar Sidang Kemuncak G20 pada Ahad. - Foto AP
NEW DELHI: Penerbangan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau terpaksa ditangguhkan pada petang Ahad selepas pesawatnya mengalami masalah teknikal.
Trudeau dan delegasinya dijadual berlepas dari New Delhi pada 8 malam waktu tempatan selepas menghadiri sidang kemuncak G20 selama dua hari.
"Setelah sampai di lapangan terbang, kami dimaklumkan oleh Angkatan Bersenjata Kanada bahawa CFC001 mengalami masalah teknikal.
"Isu ini tidak boleh diselesaikan dalam sekelip mata, delegasi kami akan berada di India sehingga langkah alternatif dibuat. Kami memohon maaf atas kesulitan ini," menurut pejabat Perdana Menteri kepada media.
Trudeau bertemu dengan Perdana Menteri India Narendra Modi di luar Sidang Kemuncak G20 pada Ahad.
Perdana menteri Kanada tiba di New Delhi pada petang Jumaat.
-- BERNAMA
#Justin Trudeau #penerbangan #masalah teknikal #ditangguh