Pesawat pengebom B-52 milik Amerika Syarikat tiba di Asia Barat

Bernama
November 3, 2024 18:45 MYT
Pesawat pengebom strategik B-52 Stratofortress dari Sayap Pengebom kelima di Pangkalan Tentera Udara Minot telah tiba di kawasan tanggungjawab Komando Pusat AS. - Foto Akaun X CENTCOM
MOSCOW: Pesawat pengebom B-52 milik Amerika Syarikat tiba di Asia Barat, menurut Komando Pusat AS (CENTCOM), lapor Sputnik/RIA Novosti.
Sebelum ini, Pentagon memaklumkan bahawa AS telah menghantar kapal pembinasa, pesawat pengebom dan jet pejuang ke Asia Barat.
Aset ketenteraan ini akan mula tiba dalam beberapa bulan akan datang, manakala kumpulan "carrier strike" yang diketuai oleh kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln bersiap untuk berlepas ke rantau berkenaan, menurut kenyataan itu.
"Pesawat pengebom strategik B-52 Stratofortress dari Sayap Pengebom kelima di Pangkalan Tentera Udara Minot telah tiba di kawasan tanggungjawab Komando Pusat AS," kata CENTCOM menerusi platform X.

B-52 Stratofortress strategic bombers from Minot Air Force Base's 5th Bomb Wing arrived in the U.S. Central Command area of responsibility. pic.twitter.com/6mDs4n5G2u

— U.S. Central Command (@CENTCOM) November 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Sabtu, portal Axios melaporkan dengan memetik sumber, bahawa AS memberi amaran kepada Iran bahawa ia tidak dapat menghalang Israel daripada bertindak balas sekiranya terdapat serangan dari Tehran.
Sebelum ini, jurucakap Kor Pengawal Revolusi Islam, Jeneral Ali-Mohammad Naini berkata bahawa Tehran akan memberi respons tegas "di luar jangkaan" Israel terhadap serangan baru-baru ini di wilayahnya.
Di samping itu, Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei berkata bahawa Tel Aviv dan Washington pasti akan menerima tindak balas terhadap tindakan mereka terhadap Iran dan barisan penentangan.
-- BERNAMA
#pesawat pengebom B-52 #Amerika Syarikat #tiba di Asia Barat #Israel #Iran
;