Pesawat pengangkut Rusia terhempas, 32 maut
Agensi
Mac 6, 2018 22:35 MYT
Mac 6, 2018 22:35 MYT
SEBUAH pesawat pengangkut Rusia terhempas dan membunuh kesemua 32 penumpang termasuk enam anak kapalnya, lapor Kementerian Pertahanan Rusia.
Pesawat AN-26 itu dilaporkan terhempas ketika mendarat di Pangkalan Hmeimim berdekatan bandar persisir pantai Latakia.
Siasatan awal mendapati, kegagalan teknikal mungkin punca nahas itu berlaku.
Kementerian Pertahanan Rusia memaklumkan, nahas berlaku pada jam 3 petang waktu tempatan.
"Pesawat itu terhempas ketika berada pada ketinggian kira-kira 500 meter dari landasan,' tambahnya.
Susulan itu, satu suruhanjaya khas ditubuhkan bagi membantu siasatan.
Pada 7 Januari lalu, tentera Rusia mengesahkan berjaya mengagalkan serangan drone di Hmeimim.
Ia seminggu selepas pesawat perang Rusia rosak di pangkalan akibat serangan mortar.