Pesawat milik tentera udara India dipercayai hilang di Teluk Bengal

Agensi
Julai 22, 2016 18:46 MYT
Gambar bertarikh 6 September 2014 ini menunjukkan pesawat pengangkut AN-32 di pangkalan udara Srinagar - Foto AFP
Sebuah pesawat milik tentera udara India yang membawa 29 orang dilaporkan hilang pada Jumaat dalam penerbangan ke Port Blair di Kepulauan Andaman dan Nicobar, kata jurucakap tentera udara kepada AFP.
“Operasi mencari kini dijalankan. Pesawat berkenaan sedang terbang pada jam 8.30 pagi waktu tempatan dan dijadualkan mendarat di Port Blair pada jam 11.30 pagi,” kata Anupam Banerjee.
Rekod perhubungan terakhir dengan pesawat yang membawa sekumpulan anggota anggota dan enam kru itu, dibuat 15 minit selepas ia berlepas dari Chennai.
Pesawat dan kapal peninjau serta kapal-kapal pengawal perairan turut dikerah mencari kapal terbang pengangkut AN-32 buatan Rusia berkenaan, yang dipercayai hilang di Teluk Bengal.
Agensi berita The Press Trust of India melaporkan pesawat AN-32 boleh terbang selama empat jam tanpa mengisi semula bahan bakar.
Tahun lalu, sebuah kapal terbang milik pengawal pantai negara itu terhempas di selatan Chennai lalu mengorbankan tiga nyawa.
#AN-32 #Chennai #Pesawat Hilang #Port Blair #tentera udara India
;