Pesawat menggelongsor di landasan akibat kegagalan gear pendaratan
Astro Awani
Mac 21, 2021 05:28 MYT
Mac 21, 2021 05:28 MYT
Sebuah pesawat kargo Indonesia tergelincir dari landasan ketika mendarat di lapangan terbang selepas gear pendaratannya gagal berfungsi. -twitter@GerryS
JAKARTA: Sebuah pesawat kargo Indonesia tergelincir dari landasan ketika mendarat di lapangan terbang selepas gear pendaratannya gagal berfungsi.
Rakaman video dramatik kejadian menunjukkan pesawat Trigana Air Boeing 737-400 menggelongsor di atas landasan Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma sejurus mendarat.
Menurut laporan berita tempatan, pesawat kargo PK-YSF itu baru sahaja berlepas untuk penerbangan ke Makassar apabila juruterbang menyedari masalah pada gear kanan.
Kru penerbangan mengambil keputusan untuk membatalkan penerbangan pada ketinggian 3,000 kaki dan kembali ke lapangan terbang.
Tiada kecederaan kepada empat kru terbabit namun pesawat berusia 32 tahun itu dilapor mengalami kerosakan teruk.
#pesawat menggelongsor
#gear pendaratan
#Trigana Air
#Boeing 737-400
#Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma
#pesawat kargo