Pesawat mendarat cemas, 3 maut di Myanmar
Astro Awani
Disember 25, 2012 07:10 MYT
Disember 25, 2012 07:10 MYT
Sekurang-kurangnya dua maut selepas sebuah pesawat melakukan pendaratan cemas di tengah jalan di Myanmar.
Sebelas orang turut dilaporkan cedera.
Menurut pihak berkuasa, 4 daripada mereka merupakan pelancong dari Amerika Syarikat, Britain dan Korea.
Mangsa yang maut adalah pemandu pelancong, kanak-kanak 11 tahun dan seorang penunggang motosikal.
Kesemua mereka merupakan warga tempatan.
Pesawat Air Bagan mendarat cemas kerana cuaca buruk.
Penerbangan itu membawa 63 penumpang, termasuk 51 warga asing, dan enam krew dari bandar Mandalay ke Lapangan Terbang Heho.
Penumpang yang cedera dibawa ke hospital di bandar berdekatan Taung-gyi.