Pesawat membawa Presiden Bolivia terpaksa melencong kerana dikhuatiri membawa Snowden
Astro Awani
Julai 4, 2013 08:34 MYT
Julai 4, 2013 08:34 MYT
Sebuah pesawat membawa Presiden Bolivia Evo Morales terpaksa melencong ke Austria selepas beberapa negara Eropah tidak membenarkan pesawat itu melalui ruang udara.
Ini kerana, pesawat itu dipercayai membawa bekas kontraktor agensi keselamatan negara Amerika Syarikat, Edward Snowden.
Jurucakap kerajaan Bolivia segera menafikan dakwaan itu dan menjelaskan, pesawat berkenaan hanya membawa Presiden yang selesai mengikuti satu sidang di Moscow.
Sebaik mendarat di Vienna, Morales berkata, beliau menghormati undang-undang antarabangsa dan akur kepada keputusan negara eropah yang tidak membenarkan pesawat itu mendarat.
Snowden yang dikehendaki Washington, terkandas di zon transit lapangan terbang di Moscow dibimbangi berjaya keluar dari Rusia selepas membuat permohonan suaka politik kepada beberapa negara termasuk Ecuador.
Sebelum ini, kerajaan Ecuador berkata, Snowden boleh memohon suaka politik sebaik sahaja berjaya memasuki negara itu.
Penunjuk perasaan berhimpun di hadapan kedutaan Perancis di La Paz membantah keputusan paris tidak membenarkan pesawat membawa morales menggunakan ruang udaranya.
Mereka menyatakan sokongan kepada presiden dan menyifatkan tindakan Perancis itu sebagai satu serangan ke atas kedaulatan Bolivia.
Selain Perancis, Portugal, Itali dan Sepanyol turut menafikan hak penerbangan pesawat tersebut.
Jurucakap kementerian luar Austria, mengesahkan Snowden tiada di dalam pesawat.