Pesawat Malaysia Airlines berpatah balik ke London susulan masalah teknikal di pintu

Astro Awani
Disember 22, 2016 11:29 MYT
Hal-hal keselamatan adalah keutamaan Malaysia Airlines.
Penerbangan Malaysia Airlines MH1 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London ke Kuala Lumpur malam tadi terpaksa berpatah balik susulan dikesan mengalami masalah teknikal pada salah satu pintu pesawatnya.
Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan syarikat berkenaan, juruterbang membuat keputusan untuk berpatah balik ke London sewaktu pesawat sedang meluncur di ruang udara Jerman.
Tambah kenyataan itu, bunyi dan getaran daripada pintu yang bermasalah itu bagaimanapun tidak membawa sebarang risiko.
“Pesawat dijadual mendarat di Heathrow, London dan akan menjalani penilaian oleh pasukan kejuruteraan dan staf teknikal Airbus.
“Demi kepentingan keselamatan penumpang, kapten pesawat membuat keputusan untuk kembali ke Lapangan Terbang Heathrow,” kata kenyataan itu.

[UPDATE] MH1 from London to Kuala Lumpur experienced a technical defect on one of its A380 doors while inflight. - https://t.co/miceK1wpoe

— Malaysia Airlines (@MAS) December 22, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penerbangan MH1 menggunakan model Airbus A380-800 terbang di laluan berkenaan setiap hari.
“Keselamatan adalah keutamaan Malaysia Airlines. Pihak syarikat akan mengemas kini maklumat kepada pelanggan dari semasa ke semasa.
#Heathrow #Kuala Lumpur #Malaysia Airlines #masalah teknikal #MH1 #penerbangan
;