Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal
Agensi
Jun 23, 2024 23:52 MYT
Jun 23, 2024 23:52 MYT
AMSTERDAM: Sebuah pesawat Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Belanda, KLM berpatah balik ke Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam sejurus berlepas selepas dipercayai mengalami masalah teknikal.
Jurucakap Kawalan Trafik udara Belanda memberitahu, penerbangan KLM705 yang sepatutnya berlepas ke Rio de Janeiro di Brazil terpaksa berpatah balik ke Belgium selepas meminta untuk mendarat sebagai langkah berjaga-jaga.
Namun setakat pukul 12 tengah malam, tiada sebarang pengumuman rasmi mengenai masalah teknikal yang dimaksudkan sehingga menyebabkan ganggian kepada penerbangan itu.
KLM memberitahu, kejadian itu tidak melibatkan sebarang insiden tidak diingini.
Menurut KLM lagi, pihaknya akan menyediakan pesawat alternatif kepada penumpang penerbangan itu.