Pesawat kargo mendarat cemas di Lapangan Terbang Istanbul

Bernama
Mei 8, 2024 19:00 MYT
Pesawat yang berlepas dari Paris itu mengalami masalah teknikal pada gear pendaratan semasa menghampiri Istanbul. - Gambar hiasan
ISTANBUL: Sebuah pesawat kargo Boeing 763 melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Istanbul, Turki pada Rabu susulan masalah pada gear pendaratannya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut stesen penyiar TRT, kesemua kru telah dipindahkan dengan selamat daripada pesawat milik syarikat penghantaran Amerika Syarikat (AS), FedEx.
Pesawat yang berlepas dari Paris itu bagaimanapun mengalami masalah teknikal pada gear pendaratan semasa menghampiri Istanbul.
Kementerian Pengangkutan berkata menara kawalan kemudiannya dimaklumkan dan langkah berjaga-jaga perlu diambil sebelum pesawat itu mendarat pada 8.17 pagi waktu tempatan.
-- BERNAMA
#lapangan terbang istanbul #Turki #pesawat mendarat cemas #gear rosak
;