Pesawat enjin tunggal terhempas di Indiana, AS, empat terbunuh - Laporan

Bernama
September 7, 2024 20:40 MYT
Pesawat itu dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Anderson Municipal, tetapi sebaliknya terhempas di ladang jagung. - Foto: Sinar Harian
MOSCOW: Sebuah pesawat enjin tunggal terhempas di Indiana, Amerika Syarikat (AS) dan kesemua empat individu di dalamnya terkorban, lapor Sputnik pada Sabtu, memetik majalah Newsweek.
Pesawat itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Wilayah Fort Dodge di Iowa pada 6.45 pagi waktu tempatan (1145 GMT) dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Anderson Municipal pada 10.00 pagi, tetapi sebaliknya terhempas di ladang jagung, kata Kapten Darwin Dwiggins dari Jabatan Syerif Daerah Madison, yang dipetik majalah itu.
Tiada seorang pun daripada empat penumpang di dalamnya terselamat, kata Dwiggins.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan sedang menyiasat kemalangan itu, lapor Newsweek.
-- BERNAMA
#pesawat terhempas #Indiana #Amerika Syarikat #mangsa korban
;