Pesawat EgyptAir dirampas, mendarat di Cyprus

Agensi
Mac 29, 2016 15:09 MYT
Menurut pegawai lapangan terbang Kaherah, pesawat jenis Boeing 737-800 itu membawa seramai 55 orang penumpang termasuk tujuh anak kapal. - EPA photo / KHALED ELFIQI
Sebuah pesawat EgyptAir telah dirampas ketika dalam perjalanan dari Iskandariah ke Kaherah dan kini telah mendarat di Cyprus, lapor AFP hari ini.
Menurut pegawai lapangan terbang Kaherah, pesawat jenis Airbus A320 itu membawa seramai 55 orang penumpang dan tujuh anak kapal.
Laporan juga mengatakan bahawa terdapat sekurang-kurangnya seorang individu lelaki bersenjata dalam kejadian tersebut.
Pihak polis berkata, perampas pesawat tidak membuat apa-apa tuntutan selepas ianya mendarat di Larnaca di bahagian selatan pulau tersebut.
#Alexandria #Cyprus #EGYPT AIR #Kaherah #rampas
;