Pesawat dilencong untuk 'bebaskan' penumpang terperangkap dalam tandas

Afiq Ariffin
September 26, 2019 07:15 MYT
Mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan daripada tandas itu sebaik sahaja kapal terbang tersebut membuat pendaratan. -foto Instagram @united
SEBUAH pesawat United Airlines terpaksa membuat lencongan dan pendaratan luar jangka apabila seorang penumpangnya dilapor terperangkap di dalam tandas.
Penerbangan dari Washington DC ke San Francisco itu terpaksa di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Rabu untuk menyelamatkan penumpang wanita berkenaan.
"Pintu masuk tandas itu tidak berfungsi semasa penerbangan,” kata jurucakap United Airlines kepada BBC.
Mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan dari tandas itu sebaik sahaja pesawat tersebut membuat pendaratan.
United Airlines dalam kenyataannya memohon maaf atas kejadian yang berlaku dan memaklumkan bahawa wanita berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Video seorang mekanik cuba 'membebaskan' wanita berkenaan turut tular di laman Twitter.
"Kami sedang berusaha membuka pintu ini, kami akan mengeluarkan anda tidak lama lagi, okey," kata seorang lelaki di dalam video itu.

Five burly Denver fire guys just got the woman out. The plane erupted in applause. The woman looks mortified.

— Todd Wagner (@toddhwagner) September 26, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penerbangan 1554 itu sepatutnya mendarat di San Francisco pada jam 8:38 petang waktu tempatan tetapi terpaksa membuat pendaratan di Denver pada jam 7:21 petang disebabkan masalah itu.
#kapal terbang #mangsa #penerbangan #tandas #terperangkap #Twitter #video #wanita
;