Pesawat Boeing 737-800 dirempuh, 168 penumpang selamat
Astro Awani
Januari 6, 2018 11:26 MYT
Januari 6, 2018 11:26 MYT
Lapangan Terbang Pearson, Toronto kecoh pada Jumaat apabila sebuah pesawat yang membawa 168 penumpang dan enam anak kapal dirempuh sebuah pesawat yang sedang ditunda.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kesemua penumpang dan anak kapal berjaya dipindahkan dengan selamat.
Insiden yang berlaku jam 6.19 petang waktu tempatan itu melibatkan pesawat WestJet Boeing 737-800 yang baru mendarat dan pesawat Sunwing yang tidak mempunyai penumpang.
“Memandangkan kedudukan pesawat yang berada di landasan, penumpang WestJet dipindahkan menggunakan gelongsor keselamatan," ujar WestJet menerusi akaun Twitter rasminya.
Jurucakap Lapangan Terbang Pearson berkata bomba dan pasukan keselamatan bertindak balas dengan segera sejurus menerima laporan di Terminal 3.
Sementara itu, Syarikat Sunwing memaklumkan, pesawatnya ditunda oleh penyedia perkhidmatan pengendalian dan tiada penumpang atau anak kapal berada di dalamnya.
Punca kejadian sedang dalam siasatan.
Dalam pada itu, saksi turut sama berkongsi gambar insiden di tempat kejadian.
#Boeing
#Canada
#kemalangan
#lapangan terbang
#Lapangan Terbang Pearson
#Mexico
#Nahas
#pesawat
#rempuh
#Toronto
#tunda