Pesawat bergelut dengan angin kencang selamat mendarat

Agensi
Mac 10, 2019 21:24 MYT
Berpuluh ambulans berbaris di depan terminal untuk segera merawat penumpang yang cedera dalam penerbangan dari Istanbul ke New York itu yang mengambil perjalanan selama 10 jam. - Foto REUTERS/Murad Sezer
Angin kencang yang melanda Lautan Atlantik telah menyebabkan penerbangan Turkish Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas apabila pesawat tersebut sukar dikawal.
Lebih 30 penumpang penerbangan tersebut mengalami kecederaan, luka-luka dan patah kaki apabila bergelut dengan gegaran kuat.
Bagaimanapun, pesawat itu dilaporkan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy (JFK), di New York, Amerika Syarikat.
Menurut pihak penerbangan persekutuan, anak kapal pesawat Boeing 777 itu membuat panggilan kecemasan semasa penerbangan itu bergelut dengan keadaan cuaca semasa.
Berpuluh ambulans berbaris di depan terminal untuk segera merawat penumpang yang cedera dalam penerbangan dari Istanbul ke New York itu yang mengambil perjalanan selama 10 jam.
BACA: Pesawat penumpang terhempas, 157 dikhuatiri terkorban
Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan.
Untuk rekod, penerbangan tersebut membawa 330 penumpang termasuk anak kapal.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan telah mengeluarkan amaran kepada juruterbang pada Sabtu mengenai cuaca buruk yang bakal dihadapi.
#Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy #pendaratan cemas #penerbangan Istabul ke New York #Pesawat bergelut dengan angin kencang #selamat mendarat #Turkish Airlines
;