Pesawat bawa Presiden Ecuador mendarat cemas

Astro Awani
Januari 30, 2021 06:11 MYT
Pesawat yang membawa Lenin Moreno membuat landasan cemas di Washington pada akhir lawatan pemimpin itu ke Amerika Syarikat. -Reuters
WASINGTON: Pesawat yang membawa Presiden Ecuador, Lenin Moreno dilapor melakukan pendaratan cemas di Washington pada akhir lawatan pemimpin itu ke Amerika Syarikat.
Dalam satu kenyataan, Moreno dan delegasi bagaimanapun dilaporkan selamat.
Pesawat itu dilaporkan mengalami masalah kegagalan mekanikal beberapa minit selepas berlepas dari Washington.
Ia kemudian melakukan pendaratan kecemasan.
"Moreno dan semua penumpang dari pesawat berkenaan berada dalam keadaan baik dan akan kembali ke Ecuador dalam masa beberapa jam lagi," kata kenyataan itu.
Bagaimanapun, kenyataan tidak menyebut mengenai perincian kerosakan mekanikal berkenaan atau keadaan di sekitar lokasi pendaratan.
Moreno sebelum itu baharu sahaja selesai melakukan lawatan rasmi di Amerika Syarikat termasuk mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai dalam pentadbiran baharu Presiden, Joe Biden.
Beliau turut bertemu Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva semasa lawatan berkenaan.
#pesawat #Lenin Moreno #mendarat cemas #kegagalan mekanikal #Joe Biden #Kristalina Georgieva #IMF
;