Pesawat Batik Air mendarat cemas dengan gear pendaratan berpusing 90 darjah
Agensi
Mac 7, 2021 10:10 MYT
Mac 7, 2021 10:10 MYT
JAKARTA: Sebuah pesawat di Indonesia terpaksa mendarat cemas ekoran masalah pada gear pendaratan dalam kejadian pada Sabtu.
Pesawat Batik Air dari Jambi ke Jakarta yang membawa 117 penumpang dan 6 anak kapal itu terpaksa berpatah balik ke Jambi kira-kira 25 minit selepas berlepas.
Suasana panik di dalam kabin dan landasan apabila ia mendarat di Lapangan Terbang Sultan Thaha dengan keadaan nose gear pesawat berpusing 90 darjah ke sisi.
Menurut laporan AvHerald, pesawat berusia empat tahun itu berada pada ketinggian 3,000 kaki ketika kru mengesan masalah tersebut.
Kesemua penumpang dibawa turun dengan selamat.
"Batik Air memohon maaf atas masalah yang timbul dan menyebabkan perjalanan penumpang terganggu.
"Kami telah menguruskan pampasan penundaan perjalanan untuk semua penumpang terjejas," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.
#Batik Air
#pesawat
#penerbangan
#Jambi
#nose gear
#gear pendaratan
#90 darjah
#Jakarta
#senget 90 darjah