Pesawat Azerbaijan Airlines terhempas: 42 penumpang dikhuatiri maut, 28 terselamat

Agensi
Disember 25, 2024 16:54 MYT
Keadaan pesawat Azerbaijan Airlines yang terhempas di Aktau, Kazakhstan. -Reuters
AKTAU: Sekurang-kurangnya 28 penumpang terselamat manakala 42 yang lain dikhuatiri maut apabila pesawat Azerbaijan Airlines yang membawa 67 penumpang terhempas di bandar Aktau, Kazakhstan pada Rabu.

Ringkasan AI
  • Sebuah pesawat Azerbaijan Airlines yang membawa 67 penumpang terhempas di Aktau, Kazakhstan, dipercayai akibat masalah teknikal. Difahamkan 12 penumpang terselamat.
  • Pasukan bomba telah dikejarkan ke lokasi untuk memadam kebakaran, dan penumpang yang terselamat sedang dirawat di hospital. Juruterbang meminta pendaratan kecemasan di Aktau kerana kabus tebal.
  • Pasukan penyiasat sedang meneliti punca kejadian dan tidak menolak sebarang kemungkinan, termasuk masalah teknikal.

Pesawat Embraer 190 yang dalam perjalanan dari Baku, Azerbaijan ke Grozny, Rusia itu turut membawa lima anak kapal.
Sekurang-kurangnya dua daripada mangsa terselamat adalah kanak-kanak dan kesemua 28 mangsa yang terselamat telah dibawa ke hospital.
Kementerian Pengangkutan Kazakhstan dalam laporan awal memberitahu 37 penumpang adalah warga Azerbaijan, enam dari Kazakhstan, tiga dari Kyrgyzstan dan 16 dari Rusia.
Menurut laporan media, juruterbang pesawat telah meminta melakukan pendaratan kecemasan di Aktau selepas destinasinya ditukar ke Grozny akibat kabus tebal.
Sementara itu, pasukan penyiasat sedang meneliti punca kejadian dan tidak menolak sebarang kemungkinan, termasuk berlaku masalah teknikal.
#Rusia #bomba #pesawat terhempas #Azerbaijan Airlines
;