Pesawat awam hampir berlanggar dengan drone di Florida - FAA
Agensi
Mei 10, 2014 11:27 MYT
Mei 10, 2014 11:27 MYT
Sebuah pesawat Amerika Syarikat nyaris berlanggar dengan sebuah pesawat kawalan jauh kerana ia memasuki ruang lapangan terbang Florida pada Mac.
Perkara itu didedahkaan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan negara itu, pada Jumaat.
Insiden berkenaan berlaku pada 22 Mac lalu, apabila pesawat US Airways 50 CRJ200 yang terbang dari Charlotte, North Carolina ke Tallahassee, Florida hampir berlanggar dengan sebuah pesawat tanpa pemandu pada jarak lapan kilometer dari lapangan terbang.
Pesawat tanpa pemandu berkenaan telah terbang pada ketinggian kira-kira 700 meter.
Namun undang-undang berkata, sesiapa yang menerbangkan apa-apa pesawat perlu memaklumkan terlebih dahulu sekirannya ia mendekati lapangan terbang.
FAA telah menjalankan siasatan namun tidak berjaya menemui pesawat berkenaan atau pengendalinya.
Pengurus Integrasi Sistem Pesawat Tanpa Pemandu di FAA, Jim Williams mula mendedahkan perkara berkenaan dalam ucapannya di San Francisco pada Khamis.
Beliau kemudiannya mengenal pasti pesawat tanpa pemandu berkenaan sebagai sebuah pesawat kawalan jauh yang menyerupai model F4 Phantom.
“Juruterbang pesawat memberitahu, pesawat tanpa pemandu itu terlalu dekat dengan pesawatnya dan kemungkinan juruterbang telah melanggarnya”
“Risiko pesawat kecil tanpa pemandu ini memasuki ruang enjin adalah amat tinggi,”
Insiden tersebut membuatkan pihak berkuasa di negara tersebut akan mula mengawal operasi pesawat tanpa pemandu.