Pesawat American Airlines berpatah balik selepas penumpang tunjuk simptom misteri

Agensi
Januari 29, 2016 02:02 MYT
beberapa penumpang berasa pening dan seorang kru kabin jatuh pengsan, lantas mencetuskan suasana panik dalam pesawat American Airlines tersebut. - Sumber foto Twitter/Eric Winter
Sebuah pesawat American Airlines dalam laluan penerbangan London ke Los Angeles terpaksa berpatah balik pada Rabu selepas beberapa penumpang didapati menunjukkan simptom misteri.
Suasana cemas dan panik tercetus dalam pesawat apabila seorang kru kabin jatuh pengsan, lebih-lebih lagi setelah tersebar khabar angin mengenai virus berjangkit di dalam kabin, lapor The Washington Post.
Juruterbang mengambil keputusan untuk berpatah balik ke London walaupun ketika itu sudah melalui tempoh penerbangan selama dua jam, iaitu sedang melewati ruang udara Keflavik, Iceland.
“Di ketinggian 30,000 kaki, keadaan ketika itu sangat kecoh. Seorang lelaki berusia tiba-tiba-tiba saja muntah,” ujar penumpang Eric Winter, dipetik sebagai berkata.
Winter juga sempat berkongsi foto di akaun Twitternya:

The 777W is surrounded with medical teams and fire engines. Medics coming aboard. pic.twitter.com/hG5WPQTVS1

— Eric Winter (@elwinter) January 27, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Seorang kru kabin jatuh pengsan begitu saja. Dia rebah ke depan dan tersembam ke lantai. Ini sungguh gila,” ujar seorang penumpang lagi, Kris Evans.
Ketika khabar angin tentang jangkitan penyakit tersebar, juruterbang mengumumkan bahawa kru kabin itu dalam keadaan selamat dan membuat keputusan untuk berpatah balik ke London.
Pesawat Boeing 777, yang membawa 172 penumpang, berlepas dari London pada jam 12.05 tengah hari waktu tempatan dan kemudian mendarat semula di lokasi sama kira-kira lima jam kemudian, lapor ABC News.
“Dua penumpang dan beberapa kru kabin mengadu pening kepala sewaktu penerbangan. Pesawat telah mendarat dengan selamat dan pasukan paramedik telah bergegas untuk memeriksa keadaan para penumpang dan kru. Tiada yang mendapatkan rawatan susulan.
“Pasukan penyelenggaraan kami telah menjalankan pemeriksaan menyeluruh di dalam pesawat, termasuk ujian penerbangan, namun tiada masalah dikenal pasti. Sebagai langkah berjaga-jaga, semua penapis udara di pesawat itu telah diganti,” ujar satu kenyataan.

We have attended an incident at #HeathrowAirport today. We checked over six patients who were feeling unwell. They were discharged on scene.

— London Ambulance (@Ldn_Ambulance) January 27, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut pakar yang mengulas kejadian berkenaan, rasa pening atau pengsan adalah simptom yang dikaitkan engan ‘asap enjin jet yang bocor lalu masuk ke dalam kabin’, asap dari ketuhar di ruang penyediaan makanan atau ‘kebocoran kimia daripada beg penumpang’.
#American Airlines #Berpatah Balik #Boeing 777 #London #Los Angeles #simptom misteri