Pesawat Air India mendarat cemas selepas terima ancaman bom

Agensi
Julai 1, 2014 11:15 MYT
Pesawat dalam perjalanan ke New Delhi dari Kochi -Gambar Fail AFP PHOTO/ MANAN VATSYAYANA
Sebuah pesawat penumpang Air India membuat pendaratan cemas di sebuah lapangan terbang di bandar Bangalore selepas menerima satu ancaman bom pada Isnin malam.
Menurut laporan agensi Xinhua pada Selasa, pesawat yang dalam perjalanan ke New Delhi dari Kochi itu sedang membawa 156 penumpang dan lapan anak kapal.
Semua penumpang kemudiannya dipindahkan keluar dan mereka dikatakan berada di dalam keadaan selamat .
Pasukan pemusnah bom telah dikerahkan untuk menyiasat insiden terbabit.
#Air India #Bangalore #Delhi #pesawat
;